f myPTPTN | Cara Menyemak Penyata Akaun SSPN

Panduan Semakan Penyata SSPN

Pendeposit boleh mendapatkan penyata simpanan akaun SSPN Plus dan SSPN Prime di portal myPTPTN. Fahami setiap langkah yang dipaparkan terlebih dahulu sebelum melakukannya secara online.

myPTPTN

Layari portal myPTPTN di https://myptptn.ptptn.gov.my/ dan log masuk.

Setelah laman utama dipaparkan, klik pada butang "SEMAKAN PENYATA SIMPANAN".

Sekiranya masih belum mendaftar akaun myPTPTN atau belum melengkapkan pengesahan eKYC menggunakan aplikasi myPTPTN, sila rujuk panduan berikut terlebih dahulu:

Panduan Pendaftaran Akaun myPTPTN
Panduan Pengesahan eKYC myPTPTN

SSPN Plus

Untuk menyemak penyata simpanan SSPN, klik pada menu "Penyata Simpanan".

Seterusnya, klik pada butang "PAPAR" pada akaun SSPN yang berkenaan.

SSPN Plus

Penyata simpanan untuk akaun SSPN tersebut akan dipaparkan. Untuk akaun SSPN Plus, Penyata Takaful dan Penyata Apungan juga dipaparkan.

Untuk menyimpan penyata tersebut, klik pada butang "MUAT TURUN".

Untuk kembali ke senarai penyata, klik pada butang "KEMBALI" di bahagian bawah penyata yang dipaparkan.

SSPN Plus

Untuk menyemak penyata pelepasan cukai pendapatan, klik pada menu "Penyata Pelepasan Cukai".

Seterusnya, klik pada butang "PAPAR" untuk tahun yang berkenaan.

SSPN Plus

Penyata pelepasan cukai ke atas simpanan bersih akaun SSPN untuk tahun taksiran tersebut akan dipaparkan.

Untuk menyimpan penyata tersebut, klik pada butang "MUAT TURUN".

Untuk kembali ke senarai penyata, klik pada butang "KEMBALI" di bahagian bawah penyata yang dipaparkan.

 

myPTPTN
Kongsikan