Keputusan Cabutan Wow! Tahunan SSPN Plus 2019

SSPN Plus
Puan Siti Sara Binti Arshad, pemenang hadiah utama

Promosi ini telah berakhir pada 31 Disember 2019. Seorang pendeposit bertuah telah dipilih sebagai pemenang hadiah utama manakala seramai 150 pemenang lagi menerima hadiah wang tunai RM1,500. Tahniah kepada semua pemenang Cabutan Wow! Tahunan SSPN Plus 2019.

Berkat kesabaran dan ketekunan menyimpan wang untuk kegunaan anak-anak pada masa depan membawa tuah kepada guru, Siti Sara Arshad, 53, apabila memenangi Proton X70 Premium dalam peraduan Cabutan Wow! SSPN Plus 2019.

Siti Sara yang juga Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Widuri, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang berkata, dia tidak menyangka menang kereta itu dan menganggap ia sebagai 'bonus' susulan menyimpan di akaun SSPN Plus.

Menurutnya, beliau sebelum ini bercadang untuk memberikan salah sebuah kereta miliknya yang sedia ada kepada seorang anaknya yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi.

Siti Sara berkata, kemenangan itu amat bermakna dan disifatkannya sebagai hadiah istimewa sejak bergelar pendidik 29 tahun lalu.

 

 

Senarai Pemenang

  • Pemenang Utama

    Proton X70 Premium 2WD
    SITI SARA BINTI ARSHAD (670111-07-XXXX)

SSPN Plus
Buka Akaun